Saturday, March 13, 2010

kekosongan~

kenapa ye?? sejak akhir2 ni terasa kosong sangat jiwa ni.. macam ade yang tak kena.. tapi memang ada yang tak kena.. sejak kejadian "itu", segalanya terasa janggal.. tapi masa akan memperbaiki semuanya.. aku yakin!

hidupku kini ibarat burung yang paginya keluar mencari rezeki dan pulang setelah kenyang.. begitulah setiap hariku.. tiada yang istimewa.. seperti kain putih yang kosong tiada warna.. bosan.. aku akui yang aku sedih.. kecewa.. tapi apakan dayaku? aku terima segalanya sebagai ujian dari allah..

Aku yakin segala apa yang terjadi ada hikmahnya.. mungkin benar aku bosan, tapi mengapa aku tidak mencari aktiviti untuk dibuat? mungkin benar aku kesunyian, mengapa aku tidak aku gunakan masa "sunyi"ku untuk menghargai keluargaku? manusia.. penuh dengan alasan.

di kala keseorangan, aku banyak berfikir tentang diriku.. tentang tujuan aku hidup.. tentang kerjayaku.. tentang amalanku dan MATIKU.. aku memang bodoh.. selama 23 tahun hidup, aku rasa tiada amalan yang boleh membantu aku di alam barzakh.. sungguh! aku ingin berubah.. tetapi godaan iblis dan syaitan terlalu kuat.. aku tidak mampu melawannya.. aku dambakan bantuan-mu ya Allah.. bantulah aku.....